17 Januari 2015 - 06:30
Benarkah Syiah dan Sunni solat berjemaah berasingan dalam persidangan perpaduan Islam?

Benarkah Syiah dan Sunni solat berjemaah berasingan dalam persidangan perpaduan Islam?

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Minggu lalu sekeping gambar yang tidak berkaitan langsung dengan Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-28 telah tesebar dalam laman sosial oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Setelah dianalisa, gambar tersebut menunjukkan persidangan Rahmatul Lil Alamin yang berlangsung di Masyhad minggu lalu. Malangnya gambar yang berasal dari salah seorang wartawan Iran tersebar dalam media sosial ini telah dieksploitasi pihak tidak bertanggung jawab dengan pembohongan bahawa ianya diambil ketika persidangan perpaduan antarabangsa.



Hakikatnya persidangan perpaduan antarabangsa yang berlangsung di Tehran sebelum ini menunjukkan golongan Ahli Sunnah mengikuti solat jemaah yang diimamkan oleh ulama Syiah.



Sementara itu gambar di bawah menunjukkan solat berjemaah di mana ulama Syiah seperti Setiausaha Agung Taqrib Bainul Mazahib Ayatullah Mohsen Araki mengikuti solat yang diimamkan ulama Sunni:


Penyebaran gambar propaganda dari Masyhad itu disifatkan sebagai percubaan musuh yang ingin menggagalkan misi penyatuan ummah. Sekiranya benar terjadi solat jemaah berasingan sekalipun, namun tinjauan yang lebih jauh mendapati kedua-dua firqah Islam ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling berinteraksi dengan baik.